Selasa, 27 Januari 2009

MUNTAKHAB AHADITH: BAH. 1 - KALIMAH TOYYIBAH // IMAN - Hadith 1 - 4

1. Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah S.W.T) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman". (H.R.Muslim, bab menerangkan bilangan cabang iman, bil. 153)

MALU: Menurut ulama': Hakikat malu ialah maninggalkan perbuatan keji dan menahan diri daripada mengabaikan hak orang yang mempunyai hak. (Riadus Solihin: bil. 684)

2. Daripada Abu Bakar Siddiq r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa menerima kalimah yang aku sampaikan kepada pakcikku (Abu Talib ketika hampir kematiannya) - namun dia menolaknya, nescaya kejayaan baginya". (H.R.Ahmad 1/6)

3. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Perbaharuilah iman kamu." Para Sahabat bertanya; "Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya kami memperbaharui iman kami?" Baginda s.a.w. bersabda: "Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah. (H.R Ahmad, Tabrani, Isnad Ahmad bertaraf 'hasan', At-Targhib 2/415)

4. Dari Jabir bin Abdullah r.anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah". (H.R Tarmizi dan katanya: Hadith ini bertaraf 'hasan, gharib', bab doa orang Muslim mustajab, bil. 3383)

Keterangan: Kalimah Tayyibah dikatakan sebagai kalimah yang paling afdzal kerana ia adalah asas kepada keseluruhan agama. Tanpa kalimah ini keimanan dan kelslaman seseorang tidak akan diterima dan tertolak. Alhamdulillah dikatakan sebaik-baik doa kerana maksud puji-pujian ialah satu permintaan. Dan doa ialah satu permintaan kepada Allah S.W.T. (Mazahir Haq)

Rujukan:
Muntakhab Ahadith versi B.Arab - m.s ١٨, versi B.Melayu - m.s 16-17

Khamis, 15 Januari 2009

MUNTAKHAB AHADITH: BAH. 1 - KALIMAH TOYYIBAH // IMAN - Ayat-ayat Al-Qur'an

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu.
(Al-Anbiya' 21: ayat 25)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
(Al-Anfal 8: ayat 2)

Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira) dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan agama Islam), yang membawa kepadaNya.
(An-Nisa' 4: ayat 175)

Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)
(Al-Mu'min / Ghaafir 40: ayat 51)

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
(Al-An'am 6: ayat 82)

وَٱلـَّــذِيــنَ ءَامَـنـُــوٓا ْ أ َشَـــدُّ حُـــبًّـا لـِّــلـَّــهِ

Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.
(Al-Baqarah 2: ayat 165)

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-An'am 6: ayat 162)

Rujukan:
1. Ayat-ayat Al-Qur'an :
3. Muntakhab Ahadith Versi B.Arab - m.s ١٧-١٨ , versi B.Melayu - m.s 14-15.

MUNTAKHAB AHADITH: BAH. 1 - KALIMAH TOYYIBAH // IMAN - Pengertian Iman


Pengertian Iman pada bahasa ialah percaya dengan yakin kepada perkataan seseorang yang dipercayai kewibawaannya dan dalam istilah agama Iman bererti mempercayai dengan penuh keyakinan berita yang dibawa oleh Rasul tanpa melihat semata-mata kerana wibawa seorang Rasul.
Rujukan:
Muntakhab Ahadith versi B. Arab - m.s ١٧, versi B. Melayu - m.s 14

Ahad, 11 Januari 2009

RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas - Hadith 13

13: Abdullah bin Umar r.a. berkata, "Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Terjadi pada masa dahulu sebelum kamu, tiga orang berjalan-jalan hingga terpaksa bermalam dalam gua. Tiba-tiba ketika mereka sedang berada di dalam gua itu, jatuh sebuah batu besar dari atas bukit dan menutupi pintu gua itu, hingga mereka tidak dapat keluar.

Maka berkatalah mereka, " Sungguh tiada suatu yang dapat menyelamatkan kita dari bahaya ini, kecuali jika tawasul kepada Allah dengan amal-amal salih yang pernah kita lakukan dahulu kala."
Maka berkata seorang dari mereka, "Ya Allah dahulu saya mempunyai ayah dan ibu, dan saya tidak memberi minuman susu pada seorangpun sebelum keduanya (ayah ibu), samada kepada keluarga atau hamba sahaya.
Maka pada suatu hari aku menggembala ternak pada suatu tempat yang agak jauh, hingga kembali kepada kedua ibu bapaku sesudah malam dan ayah bundaku telah tidur.
Maka saya terus memerah susu untuk keduanya, dan saya pun segan untuk membangunkan keduanya dan tidak memberikan minuman itu kepada sesiapapun sebelum ayah bundaku itu.
Maka saya tunggu keduanya hingga terbit fajar, maka bangunlah keduanya dan minum dari susu yang saya perahkan itu. Padahal semalaman itu juga anak-anakku menangis minta susu itu di dekat kakiku.
Ya Allah jika saya berbuat itu benar-benar karena mengharapkan keredaanMu, maka lapangkanlah keadaan kami ini."

Maka menyisih sedikit batu itu, tetapi mereka belum dapat keluar daripadanya.
Berdoa pula orang yang kedua, "Ya Allah dahulu saya pernah jatuh cinta kepada anak gadis bapa saudaraku, maka kerana terlalu cintakannya, saya selalu merayu dan ingin berzina dengannya, tetapi dia selalu menolak hingga terjadi pada suatu ketika dia menderita kelaparan dan datang meminta bantuan kepadaku,
maka saya berikan kepadanya wang seratus dua puluh dinar, tetapi dengan janji bahwa dia akan menyerahkan dirinya kepadaku pada malam harinya. Gadis itu melakukan suruhanku kemudian ketika saya telah 'berkuasa' ke atasnya -riwayat lain menyebut 'maka apabila aku telah berada /duduk di antara dua kakinya', tiba-tiba dia berkata: Takutlah kepada Allah dan jangan kau pecahkan tutup (dara) kecuali dengan cara yang hak (halal - nikah). Maka saya segera bangun daripadanya padahal saya masih tetap menginginkannya, dan saya tinggalkan dinar emas yang telah saya berikan kepadanya itu.""Ya Allah bila saya berbuat itu semata-mata karena mengharap keredaanMu, maka hindarkanlah kami dari kemalangan ini."Maka bergeraklah batu itu menyisih sedikit, tetapi mereka belum juga dapat keluar daripadanya.Berdoa orang yang ketiga, "Ya Allah saya dahulu sebagai majikan, mempunyai pekerja, dan pada suatu hari ketika saya membayar upah mereka, tiba-tiba ada seorang daripada mereka yang pergi meninggalkan upahnya pulang ke rumahnya tidak kembali.Maka saya perniagakan upahnya itu hingga bertambah dan berbuah menjadi berganda-ganda banyaknya.Kemudian setelah lama datanglah buruh itu berkata, "Hai Abdullah berikan kepadaku upahku dahulu itu?"Jawabku, "Semua kekayaan yang didepanmu itu daripada upahmu yang berupa unta, lembu dan kambing serta budak penggembalanya itu."Berkata orang itu, "Hai Abdullah kau jangan mengejek kepadaku." Jawabku, "Aku tidak mengejekmu."Maka diambilnya semua yang saya sebut itu dan tidak meninggalkan satupun daripadanya."Ya Allah jika saya berbuat demikian karena mengharapkan keredaanMu, maka hindarkan kami dari kesempitan ini."Tiba-tiba menyisihlah batu itu hingga mereka dapat keluar mereka dengan selamat.
(Bukhari, Muslim).

Hadis ini menunjukkan:

i. betapa besarnya faedah amal perbuatan yang tulus ikhlas, hingga dapat dipergunakan untuk bertawasul kepada Allah dalam usaha menghindarkan bahaya yang sedang menimpa.
ii. seorang suami harus mengutamakan ibu bapanya daripada anak isteri.
iii. kebesaran nilai menahan hawa nafsu, dan tidak rakus terhadap harta upah pekerja.

Tajuk akan datang : Taubat.


Rujukan:
m.s 19-22

RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas - Hadith 11, 12

11: Abu Hurairah (Abdurrahman bin Shacher) r.a. berkata,
“Bersabda Nabi s.a.w. “Solat berjemaah pahalanya lebih daripada solat seorang diri, baik di tempat kerja atau di rumah sebanyak dua puluh lima darjat.
Demikianlah jika seseorang telah menyempurnakan wuduk, kemudian dia pergi ke masjid, tiada tujuan lain melainkan untuk bersolat,
tidak melangkah (setiap langkah kakinya menuju tempat solat berjemaah) melainkan diangkat satu darjat dan dihapuskan daripadanya satu dosa, hingga masuk ke dalam masjid.
Apabila telah berada di dalam masjid, maka orang itu dianggap sedang bersolat selama dia masih menantikan solat (selama dia tertahan karena menunggu solat),
dan Malaikat mendoakan seseorang selama ia dalam majlis solatnya,
Malaikat berdoa, “Ya Allah kasihanilah dia, ya Allah ampunilah dia, ya Allah maafkanlah dia. Selama dia tidak mengganggu dan belum berhadas di tempat itu."
(Bukhari, Muslim).


12: Abdullah bin 'Abbas r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan dan kejahatan, kemudian menjelaskan keduanya. Maka siapa yang berniat akan berbuat kebaikan kemudian tidak dikerjakannya, Allah mencatat untuknya satu kebaikan (hasanah),

dan jika berniat kebaikan, kemudian dikerjakan, dicatat sepuluh kebaikan (hasanah), mungkin ditambah hingga tujuh ratus kali ganda atau lebih dari itu.

Dan apabila berniat akan membuat kejahatan, tetapi tidak dikerjakan, maka Allah mencatat baginya satu kebaikan (hasanah),

dan jika niat itu dilaksanakan, maka ditulis baginya satu kejahatan.

(Bukhari, Muslim).


Rujukan:
m.s 18- 19.

RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas - Hadith 8, 9, 10

8: Abu Hurairah r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak melihat bentuk badan dan rupamu, tetapi Dia melihat / memperhatikan niat dan keikhlasan dalam hatimu.”
(Muslim)

9: Abu Musa (Abdullah) bin Qais Al-Asy'ari r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. ditanya tentang orang yang perang kerana keberanian dan kerana kebangsaan atau kerana kedudukan, yang manakah di antara semua itu yang disebut fisabilillah?”
Jawab Nabi s.a.w “ Siapa yang berperang semata-mata untuk menegakkan kalimatullah (agama Allah), maka itulah fisabillillah.”

(Bukhari, Muslim).

Di sini jelas benar bahwa, dorongan niat itulah yang dinilai oleh Allah S.W.T. Maka yang berperang untuk kepahlawanan, akan terkenal sebagai pahlawan, demikian yang berniat untuk lain-lainnya akan mendapat apa yang diniatkan.

10: Abu Bakrah (Nufai') bin Alharith As-Thaqafi berkata, “Bersabda Nabi s.a.w. “Apabila dua orang muslim berhadapan dengan pedang masing-masing, maka yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya dalam neraka."
Abu Bakrah bertanya, “Ya Rasulullah, yang membunuh sudah jelas masuk neraka, tetapi mengapakah yang terbunuh juga masuk neraka ?”
Jawab Nabi s.a.w. “ Karena dia berniat sungguh-sungguh akan membunuh lawannya.”

(Bukhari, Muslim).

Rujukan:
m.s 16 - 18.

RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas - Hadith 7

7: Sa'ad bin Abi Waqqas r.a. berkata, " Ketika saya menderita sakit kuat sewaktu melakukan hajjatul-wada', datanglah Rasulullah s.a.w. ke tempatku, maka saya bertanya,

“Ya Rasulullah, penyakitku ini agak berat dan aku seorang yang berharta, sedangkan warisku tidak ada kecuali seorang putriku, bolehkah aku sedekahkan dua pertiga dari hartaku ?”

Jawab Nabi s.a.w. “ Tidak.”

Saya bertanya “Separuh ?”

Jawab Nabi “Tidak.”

Saya Tanya, “Sepertiga ya Rasulullah ?”

Jawab Nabi s.a.w. ‘Sepertiga itu cukup banyak dan besar. Sesungguhnya jika kau meninggalkan ahli warismu kaya, lebih baik daripada kau tinggalkan mereka miskin, hingga terpaksa minta-minta kepada orang. Dan tidaklah kamu membelanjakan hartamu dalam sesuatu yang kau niatkan untuk keredaan Allah, melainkan pasti kau mendapat pahala daripadaNya, hingga belanja yang kau berikan kepada isterimu.”

Saya bertanya, “Ya Rasulullah, apakah aku ditinggal di sini oleh sahabat-sahabatku?”

Jawab Nabi, “Engkau tidak tertinggal, buatlah kebaikan yang kau niatkan kerana Allah, melainkan pasti bertambah kemuliaan derajatmu, dan mungkin kau akan tinggal sehingga ramai orang yang mendapat manfaat daripadamu, di samping ada juga orang yang merasa rugi keranamu.”

Kemudian Nabi s.a.w. berdo'a, “Ya Allah lanjutkan bagi sahabat-sahabatKu hijrah mereka, dan jangan kembalikan mereka ke belakang (ke tempat yang telah mereka tinggalkan iaitu Makkah). Tetapi yang kecewa ialah Sa'ad bin Khaulah yang selalu dikasihani oleh Rasulullah s.a.w. karena dia mati di Makkah."

(Buchary, Muslim).

Hadis ini menjelaskan beberapa hukum :

1. Wasiat seseorang yang akan mati tidak boleh lebih dari sepertiga dari kekayaannya. Sehingga bila terjadi wasiyat melebihi sepertiga, maka ahli waris berhak untuk menolak dan membatasi hingga sepertiga.

2. Segala amal perbuatan biasa, bila diniatkan untuk mencapai keredaan Allah, maka akan mendapat pahala dan dianggap sebagai ibadat. Contohnya : Belanja yang lazim bagi ahli keluarga dan sebagainya.

3. Amal yang telah dikerjakan kerana Allah, jangan ditarik kembali, sebagaimana hijrah dari Makkah, atau sedekah, maka jangan berusaha mengembalikan barang yang sudah disedekahkan itu kembali kepadanya, baik dengan membeli atau menukar atau lain-lainnya. Dan bagi seorang muslim, tidak ada masa terlambat dan ketinggalan masa, bila saja kalau ia suka beramal sungguh-sungguh kerana Allah, maka ia masih dapat mengejar derajat dan kedudukan yang tetap disediakan oleh Allah.


Rujukan:
m.s 15 - 16.

Sabtu, 10 Januari 2009

RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas - Hadith 4, 5, 6


4: Jabir bin Abdullah r.a berkata: "Ketika kami bersama Nabi s.a.w. dalam suatu peperangan, tiba-tiba Nabi s.a.w. bersabda, " Sesungguhnya di Madinah ada bebcrapa orang, tidaklah setiap kali kamu melalui jalan, atau menyeberangi lembah, melainkan mereka sentiasa menyertai kamu (menyekutui kamu) pahalanya. Mereka tertahan oleh penyakit."

(Muslim).
Di mana saja kamu berjalan, baik mendaki atau menurun, mereka tetap menyekutui kamu dalam pahala, kerana kesungguhan niat, sedang mereka tertahan oleh udzur. Demikianlah pengaruh niat.

5: Anas r.a. berkata: Ketika kami kembali dari perang Tabuk bersama Nabi s.a.w. tiba-tiba Nabi s.a.w. bersabda, " Sesungguhnya ada beberapa orang tertinggal di kota Madinah, tetapi tiadalah kami melalui suatu dusun atau lembah, melainkan selalu menyertai kami, mereka tertahan oleh
uzur."
(Bukhari).

Karena niat yang sungguh- sungguh ingin ikut jihad, tetapi terhalang oleh keadaan yang memaksa harus tinggal, maka Allah berkenan dengan kurniaNya memberi kepada mereka pahala yang sama dengan orang-orang yang keluar berjuang di medan pertempuran. Demikianlah kurnia Allah yang tiada terbatas.


6: Ma'nu bin Jazid r.a. berkata: Ayahku Jazid biasa mengeluarkan beberapa dinar (emas) untuk sedekah, dan dititipkan pada seseorang di masjid, untuk diberikan kepada fakir miskin yang meminta-minta. Maka saya minta dari orang yang dititipi itu, dan saya tunjukkan kepada ayahku. Dia berkata “Demi Allah bukan kepadamu saya tujukan sedekah itu.” Dan hal ini saya ajukan kepada Rasulullah s.a.w. Maka sabda Nabi s.a.w. “ Bagimu apa yang kau niatkan hai Jazid, dan bagimu apa yang kau ambil hai Ma'nu.”


(Bukhari).

Niat Jazid akan bersedekah kepada fakir miskin telah berhasil, meskipun wang itu jatuh ke tangan anak kandungnya sendiri. Manakala Ma'nu, oleh karena dia berhak menerima sedekah, maka tidak dilarang mengambilnya.
Niat seseorang berhasil di sisi Allah, meskipun dalam praktiknya seolah-olah tidak sampai kepada yang dituju.



Rujukan
m.s 13 - 14

Jumaat, 2 Januari 2009

RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas - Hadith 2 & 3

2: 'Aisyah r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda, "Bakal ada tentera yang akan menyerang Kaabah, tetapi ketika mereka sampai di suatu lapangan tiba-tiba dibinasakan semua, yang pertama hingga yang terakhir."
'Aisyah bertanya, " Ya Rasulullah, bagaimanakah dibinasakan semua, padahal di situ ada orang-orang yang tidak ikut, iaitu orang yang sedang di pasar dan lain-lainnya?"

Jawab Nabi :“Dibinasakan semua, kemudian dibangkitkan menurut niat masing-masing."

(Bukhari, Muslim)
Kebinasaan yang menimpa pada suatu daerah akan mengenai yang salah dan yang tidak bersalah, tetapi perhitungan di akhirat hanya terhadap mereka yang bersalah. Bagi masing-masing pejuang akan menerima perhitungan menurut niat masing-masing.


3: 'Aisyah r.a. berkata, "Bersabda Nabi s.a.w. " Tiada hijrah sesudah kembalinya kota Makkah ke tangan kaum Muslimin, tetapi yang tetap ada ialah jihad / berjuang dan niat akan berhijrah apabila keadaan memaksa. Dan bila kamu dipanggil untuk berjuang, hendaknya kamu tetap bersiap-sedia. "

(Bukhari, Muslim)

Tidak ada hijrah dari Makkah, karena Makkah telah menjadi negara Islam, sebab tujuan hijrah itu untuk mendapat kebebasan dalam melakukan perintah-perintah agama dengan rasa aman tidak terganggu.

Rujukan: m.s 12 - 13.

RIADHUS SOLIHIN : Niat Ikhlas - Hadith 1


1. Umar bin Alkhatthab r.a. berkata, "Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya sesuatu amal itu bergantung kepada niat. Penilaian Allah bagi setiap orang, ialah apa yang dia niatkan. Maka sesiapa berhijrah (dari daerah kafir ke daerah Islam) semata-mata kerana ta'at kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka hijrah itu diterima oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Sebaliknya sesiapa berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya bergantung kepada apa yang dia niatkan ketika berhijrah ke sesuatu tempat itu."

(Bukhari, Muslim).

Oleh kerana peri pentingnya soal niat itu, maka ulama' kaum muslimin meletakkan niat itu sebagai rukun pertama di dalam semua ibadat. Bahkan untuk membezakan antara ibadat dengan adat, hanyalah niat. Malahan sesuatu perbuatan adat, jika dilakukan dengan niat untuk mengikuti perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW maka ia berubah menjadi ibadat yang berpahala.

Para ulama' juga memperinci niat kepada lima macam; hakikat, tempat, hukum, masa dan syarat.

Hakikat niat: Iaitu sengaja (dengan sengaja mengerjakan sesuatu serentak dengan perbuatan)
Hukum niat : Wajib atau sunat.
Tempat niat : Dalam hati.
Masa niat : Pada permulaan melakukan perbuatan.
Syarat niat : Untuk tujuan amal kebaikan.

Rujukan: Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADUS SHALIHIN. Bandung: PT ALMA'ARIF. m.s 10-11.

RIADHUS SOLIHIN : Niat Ikhlas - Ayat Al-Qur'an

NIAT IKHLAS
DALAM SEMUA PERKATAAN PERBUATAN AMAL LAHlR BATIN

Firman Allah :

وَمَآ أ ُمِـرُوٓاْ إ ِلاّ لـِـيَـعْــبـُـدُواْ ٱلـلـَّهَ مُخْـلـِـصِـيـنَ لـَــهُ

ٱلـدِّيـنَ حُـنـَــفـَـآءَ


وَيـُـقِــيـمُـواْ
ٱلصَّــلـَـوٰة َ وَيـُـؤْ تـُـواْ ٱلزَّكـَـوٰة َ ‌ۚ وَذ َالـِـكَ


دِيـنُ ٱلـْـقـَـيِّـمَـةِ

Tiadalah mereka diperintah, kecuali supaya menyembah kepada Allah dengan ikhlas dalam
menjalankan agama yang lurus dan mendirikan sholat, mengeluarkan zakat. Itulah agama yang lurus.
(Al-Bayyinah 5)

Firman Allah:

لـَن يـَـنـَـالَ ٱللـَّهَ لـُـحُـومُـهَا وَلا دِمَـآؤُهَـا وَلـَــٰـكـِـن

يـَـنـَـالـُـهُ ٱلتـَّـقـْـوَىٰ مِنـكـُـمْ

Tidak sampai kepada Allah daging dan darah kurban itu, tetapi yang sampai kepada Allah ialah jalan taqwamu.
(Al-Haj 37)

Firman Allah:

قـُـلْ إ ِن تـُـخـْــفـُـواْ مَـا فِى صُـدُورِڪـُـمْ أ َوْ تـُـبْـدُوهُ

يَعْــلـَـمْـهُ ٱلـلـَّهُ

Katakanlah: Jika kamu sembunyikan atau kamu terangkan apa yang dalam dadamu itu, tetap diketahui oleh Allah.
(Ali-Imran 29)

Dari ketiga ayat ini nyata benar betapa penting peranan niat dan ikhlas dalam segala amal perbuatan ibadat yang berupa syi'ar/bukti ta'at kepada Allah.

Rujukan:
m.s 10 - 11.

KANDUNGAN RS Jilid 2

KANDUNGAN MA

BAHAGIAN PERTAMA - الكلمة الطيبة : KALIMAH TOYYIBAH

الإيمان / Iman

Pengertian Iman:
http://lamanhadith-mykrk.blogspot.com/2009/01/bah-1-kalimah-toyyibah-iman-pengertian.html
Ayat-ayat Al-Qur'an:
http://lamanhadith-mykrk.blogspot.com/2009/01/bah-1-kalimah-toyyibah-ayat-ayat-al.html
Hadith:
1 - 4 : http://lamanhadith-mykrk.blogspot.com/2009/01/daripada-abu-hurairah-meriwayatkan.html


Beriman Kepada Perkara Yang Ghaib

Kejayaan hanya Dalam Perintah Allah



BAHAGIAN KEDUA - SOLAT

Solat Fardhu

Solat Berjemaah

Solat-solat Sunat Dan Nawafil

Solat Khusyu' Dan Khudu'

Kelebihan Berwuduk

Kelebihan Masjid Dan Amal



BAHAGIAN KETIGA - ILMU DAN ZIKIR

Kepentingan Ilmu

Kesan Dari Al-Qur'an Dan Hadith Nabawi

Zikir - Kelebihan Dan Keunggulan Al-Qur'an

Kelebihan Zikrullah

Doa-doa Dan Zikir Daripada Rasulullah s.a.w



BAHAGIAN KEEMPAT - IKRAMUL MUSLIMIN

Kedudukan Seorang Muslim

Akhlak Yang Terpuji

Hak-hak Orang Islam

Menjalin Tali Persahabatan

Menyakiti Orang-orang Islam

Hindarkan Perselisihan Sesama Islam

Membantu Umat Islam Melalui Harta



BAHAGIAN KELIMA - IKHLAS NIAT

Ikhlas Iaitu Membetulkan Niat

Beramal Dengan Meyakini Janji Allah S.W.T



BAHAGIAN KEENAM - DAKWAH DAN TABLIGH

Dakwah Dan Kelebihannya (Ayat-ayat Al-Qur'an)

Kepentingan Dakwah - Hadith-hadith Nabawi

Fadhilat Keluar Di Jalan Allah

Adab-adab Dan Amalan Ketika Keluar Di Jalan Allah

Menghindar Diri Dari Perkara Yang Sia-sia



KITAB RUJUKAN

KANDUNGAN RS Jilid 1

BAB 1 : NIAT IKHLAS
Ayat Al-Qur'an
http://lamanhadith-mykrk.blogspot.com/2009/01/niat-ikhlas-dalam-semua-perkataan.html
Hadith 1
http://lamanhadith-mykrk.blogspot.com/2009/01/riadhus-solihin-niat-ikhlas-hadith-1.html
Hadith 2 & 3
http://lamanhadith-mykrk.blogspot.com/2009/01/riadhus-solihin-1-niat-ikhlas-hadith-2.html
Hadith 4, 5, 6
http://lamanhadith-mykrk.blogspot.com/2009/01/riadhus-solihin-1-niat-ikhlas-hadith-4.html
Hadith 7
http://lamanhadith-mykrk.blogspot.com/2009/01/riadhus-solihin-1-niat-ikhlas-hadith-7.html
Hadith 8, 9, 10
http://lamanhadith-mykrk.blogspot.com/2009/01/8-abu-hurairah-r.html
Hadith 11, 12
http://lamanhadith-mykrk.blogspot.com/2009/01/riadhus-solihin-1-niat-ikhlas-hadith-11.html
Hadith 13
http://lamanhadith-mykrk.blogspot.com/2009/01/riadhus-solihin-1-niat-ikhlas-hadith-13.html
BAB 2 : TAUBAT


BAB 3 : BENAR


BAB 4 : MUROQOBAH


BAB 5 : TAQWA


BAB 6 : YAKIN DAN TAWAKAL


BAB 7 : ISTIQOMAH


BAB 8 : NASIHAT


BAB 9 : SYAFAAT


BAB 10 : ADAB KESOPANAN


BAB 11 : ADAB TATA TERTIB MAKAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Wahai diri, janganlah menjadi orang yang ilmunya sebesar gunung tetapi amalnya sebesarnya debu.....insaflah................
Print

Senarai Rujukan:

1. Ayat-ayat Al-Qur'an
quranexplorer.com
praytime.info


2. Terjemahan ayat-ayat Al-Qur'an
readthequran.org


3. Riadhus Solihin versi Bahasa Indonesia
Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADUS SHALIHIN. Bandung: PT ALMA'ARIF

4. Riadhus Solihin versi Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
guidedways.com


5. Muntakhab Ahadith versi Bahasa Melayu
Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi (Terjemahan Bahasa Melayu oleh ; Abu Abil Hassan Ibn Musa dan Muhammad Sanadi bin Hj. Abu Bakar)
الأحاديث المنتخبة - حديث٢ ڤيليهن MUNTAKHAB AHADITH.
Kuala Lumpur : KLANG BOOK CENTRE

6. Muntakhab Ahadith versi Bahasa Arab
العلامة الداعية الشيخ محمد يوسف الكندهلوى رحمه الله .٢٠ من ذى القعدة ١٤١٨ ه. الأحاديث المنتخبة. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند) : مكتبة فيض عام