Ahad, 11 Januari 2009

RIADHUS SOLIHIN (1) : Niat Ikhlas - Hadith 8, 9, 10

8: Abu Hurairah r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak melihat bentuk badan dan rupamu, tetapi Dia melihat / memperhatikan niat dan keikhlasan dalam hatimu.”
(Muslim)

9: Abu Musa (Abdullah) bin Qais Al-Asy'ari r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. ditanya tentang orang yang perang kerana keberanian dan kerana kebangsaan atau kerana kedudukan, yang manakah di antara semua itu yang disebut fisabilillah?”
Jawab Nabi s.a.w “ Siapa yang berperang semata-mata untuk menegakkan kalimatullah (agama Allah), maka itulah fisabillillah.”

(Bukhari, Muslim).

Di sini jelas benar bahwa, dorongan niat itulah yang dinilai oleh Allah S.W.T. Maka yang berperang untuk kepahlawanan, akan terkenal sebagai pahlawan, demikian yang berniat untuk lain-lainnya akan mendapat apa yang diniatkan.

10: Abu Bakrah (Nufai') bin Alharith As-Thaqafi berkata, “Bersabda Nabi s.a.w. “Apabila dua orang muslim berhadapan dengan pedang masing-masing, maka yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya dalam neraka."
Abu Bakrah bertanya, “Ya Rasulullah, yang membunuh sudah jelas masuk neraka, tetapi mengapakah yang terbunuh juga masuk neraka ?”
Jawab Nabi s.a.w. “ Karena dia berniat sungguh-sungguh akan membunuh lawannya.”

(Bukhari, Muslim).

Rujukan:
m.s 16 - 18.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Wahai diri, janganlah menjadi orang yang ilmunya sebesar gunung tetapi amalnya sebesarnya debu.....insaflah................
Print

Senarai Rujukan:

1. Ayat-ayat Al-Qur'an
quranexplorer.com
praytime.info


2. Terjemahan ayat-ayat Al-Qur'an
readthequran.org


3. Riadhus Solihin versi Bahasa Indonesia
Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADUS SHALIHIN. Bandung: PT ALMA'ARIF

4. Riadhus Solihin versi Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
guidedways.com


5. Muntakhab Ahadith versi Bahasa Melayu
Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi (Terjemahan Bahasa Melayu oleh ; Abu Abil Hassan Ibn Musa dan Muhammad Sanadi bin Hj. Abu Bakar)
الأحاديث المنتخبة - حديث٢ ڤيليهن MUNTAKHAB AHADITH.
Kuala Lumpur : KLANG BOOK CENTRE

6. Muntakhab Ahadith versi Bahasa Arab
العلامة الداعية الشيخ محمد يوسف الكندهلوى رحمه الله .٢٠ من ذى القعدة ١٤١٨ ه. الأحاديث المنتخبة. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند) : مكتبة فيض عام