Selasa, 27 Januari 2009

MUNTAKHAB AHADITH: BAH. 1 - KALIMAH TOYYIBAH // IMAN - Hadith 1 - 4

1. Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah S.W.T) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman". (H.R.Muslim, bab menerangkan bilangan cabang iman, bil. 153)

MALU: Menurut ulama': Hakikat malu ialah maninggalkan perbuatan keji dan menahan diri daripada mengabaikan hak orang yang mempunyai hak. (Riadus Solihin: bil. 684)

2. Daripada Abu Bakar Siddiq r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa menerima kalimah yang aku sampaikan kepada pakcikku (Abu Talib ketika hampir kematiannya) - namun dia menolaknya, nescaya kejayaan baginya". (H.R.Ahmad 1/6)

3. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Perbaharuilah iman kamu." Para Sahabat bertanya; "Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya kami memperbaharui iman kami?" Baginda s.a.w. bersabda: "Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah. (H.R Ahmad, Tabrani, Isnad Ahmad bertaraf 'hasan', At-Targhib 2/415)

4. Dari Jabir bin Abdullah r.anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah". (H.R Tarmizi dan katanya: Hadith ini bertaraf 'hasan, gharib', bab doa orang Muslim mustajab, bil. 3383)

Keterangan: Kalimah Tayyibah dikatakan sebagai kalimah yang paling afdzal kerana ia adalah asas kepada keseluruhan agama. Tanpa kalimah ini keimanan dan kelslaman seseorang tidak akan diterima dan tertolak. Alhamdulillah dikatakan sebaik-baik doa kerana maksud puji-pujian ialah satu permintaan. Dan doa ialah satu permintaan kepada Allah S.W.T. (Mazahir Haq)

Rujukan:
Muntakhab Ahadith versi B.Arab - m.s ١٨, versi B.Melayu - m.s 16-17

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Wahai diri, janganlah menjadi orang yang ilmunya sebesar gunung tetapi amalnya sebesarnya debu.....insaflah................

Senarai Rujukan:

1. Ayat-ayat Al-Qur'an
quranexplorer.com
praytime.info


2. Terjemahan ayat-ayat Al-Qur'an
readthequran.org


3. Riadhus Solihin versi Bahasa Indonesia
Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf Annawawy (Terjemahan Salim Bahreisy). 1977. RIADUS SHALIHIN. Bandung: PT ALMA'ARIF

4. Riadhus Solihin versi Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
guidedways.com


5. Muntakhab Ahadith versi Bahasa Melayu
Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi (Terjemahan Bahasa Melayu oleh ; Abu Abil Hassan Ibn Musa dan Muhammad Sanadi bin Hj. Abu Bakar)
الأحاديث المنتخبة - حديث٢ ڤيليهن MUNTAKHAB AHADITH.
Kuala Lumpur : KLANG BOOK CENTRE

6. Muntakhab Ahadith versi Bahasa Arab
العلامة الداعية الشيخ محمد يوسف الكندهلوى رحمه الله .٢٠ من ذى القعدة ١٤١٨ ه. الأحاديث المنتخبة. نظام الدين دلهى الجديدة (الهند) : مكتبة فيض عام